Sarimah Ibrahim bagi ‘nasihat’ kepada pengacara
Che Puan Sarimah Ibrahim yang pernah suatu ketika dahulu mengacarakan program hiburan menasihati pengacara hos kini yang sedang meningkat naik tidak seharusnya saling berdebat dan bergaduh antara satu sama lain ketika menjalankan tugas di atas pentas.
Menerusi perkongsian di platform X, Sarimah berkata tujuan sebenar hos adalah untuk menghiburkan dan menjadikan acara itu bertambah meriah, bukan berdebat untuk melihat kehebatan masing-masing.
“Saya tidak akan membiarkan diri saya untuk menonton mana-mana penghibur/pengacara yang sering berdebat di pentas atau di luar pentas.
‘’Mengacara adalah untuk menghiburkan, bukan untuk berdebat (bergaduh) antara satu sama lain dan menang.
‘’Biarkan bintang (peserta di atas pentas bersinar) . Jadilah tulang belakang yang positif untuk mereka.
Walaubagaimanapun, jelas Sarimah lagi, perkongsian tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak namun bagi mereka yang terasa siapa makan cili akan terasa pedas.
“Kita semua boleh menambaik dan perbaiki diri dalam kerja kita’’. Luahnya.
Sarimah berkongsi pendapatnya itu susulan kontroversi yang membabitkan seorang hos sebuah program hiburan yang menarik diri secara tiba-tiba selepas didakwa berkecil hati dengan dua lagi rakan hos yang lain.
Artikle Berkaitan :>
Sarimah Ibrahim akui pernah kemurungan selepas lahirkan anak pertama