Nasional

Sarawak tutup sempadan serta merta

KETUA Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan semua pos sempadan di negeri ini akan ditutup berkuat kuasa serta merta.

Hanya pusat Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Sarawak dan Brunei serta Sarawak dan Kalimantan kekal dibuka pada waktu tertentu.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya, beliau berkata kerajaan juga akan menggunakan khidmat tentera berkuat kuasa serta merta.

Ini untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di pos-pos sempadan dan kawasan luar bandar di negeri ini.

“Semua pos sempadan akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan hanya pusat Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Sarawak dan Brunei, iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka antara pukul 6 pagi hingga  8 malam.

“Semua ICQS antara Sarawak dan Kalimantan, iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu, akan dibuka antara 9 pagi hingga 3 petang. Ini selaras dengan pembukaan waktu operasi seperti dipersetujui oleh Brunei dan Indonesia,” katanya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button