Jenayah

Samun warga emas, 2 lelaki ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki berhubung kes samun RM25,000 membabitkan seorang wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, pada Sabtu.

Dua lelaki bersenjatakan parang merompak kalung dan gelang wanita berusia 77 tahun itu di hadapan sebuah rumah. Dia cedera ditangannya dalam rompakan itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Idzam Jaafar berkata, polis membuat tangkapan pertama pada Ahad jam 12.15 pagi.

Suspek, berusia 35 tahun, mempunyai 18 sabitan lampau.

“Suspek telah direman selama enam hari sehingga 1 April bagi membantu siasatan.”

Idzam berkata pihaknya menahan suspek kedua semalam dan menemui wang tunai RM5,300.

“Suspek kedua juga seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dengan 18 sabitan lampau. Suspek kini direman tujuh hari sehingga 4 April ini,” katanya lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button