Ekonomi

Sambutan Tahun Arnab di Spritzer Ecopark

TAIPING 13 Jan. – SPRITZER (Spritzer), pengeluar air mineral terkemuka tempatan, mengalu-alukan kedatangan Tahun Arnab dengan hiasan flora dan tanglung di Spritzer Ecopark.

Spritzer menggunakan air botol Spritzer secara kreatif dengan tujuan baharu. 

Salah satu tarikan ialah pokok setinggi 28 kaki yang menakjubkan, dihasilkan daripada beribu-ribu air botol Spritzer kitar semula bersama bunga peoni merah jambu dan merah.

“Para pengunjung boleh melawat di tapak hiasan mulai hari ini sehingga 5 Februari 2023, termasuk hari cuti Tahun Baru Cina.  Tarian singa juga akan diadakan pada 26 Januari 2023 sebagai simbolik untuk membawa tuah,” kata Spritzer di sini hari ini.

Para pengunjung boleh merakam detik-detik kenangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan sambil berjalan-jalan di terowong cantik yang penuh dengan hiasan bunga dan air botol kitar semula, rumah dome yang meriah dan gazebo yang menarik dan dihiasi oleh flora, tanglung merah dan juga air botol Spritzer.

Spritzer mengalu-alukan semua pengunjung datang bersama-sama dan kemasukan adalah percuma. 

“Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM10 di kedai cenderamata dan kedai air akan menerima paket angpow Spritzer secara percuma.  Simpankan resit pembelian produk air Spritzer untuk menyertai pertandingan atas talian “The SYOK Goes On With Spritzer” supaya berpeluang untuk memenangi jongkong emas yang berjumlah RM100,000 dan hadiah SYOK yang lain,” kata Spritzer lagi.

Syarikat sentiasa berusaha untuk merangkumi aspek kemampanan untuk mengamalkan kitar semula, dan turut menggalakkan semua untuk mengamalkan amalan baik kitar semula dalam kehidupan harian anda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button