Hiburan

Sambut kemerdekaan di konsert ‘Merah Hitam’ gabungan Def Gab C dan Kristal X

DUA gabungan terhebat Def Gab C dan Kristal X bakal beraksi dan mengegarkan pentas Zepp KL pada 31 Ogos ini dalam satu persembahan Merah Hitam.

Menampilkan 20 lagu yang masih malar segar yang pernah menjadi halwa telinga para peminat seni tanahair.
Menurut penyanyi Asheed, dia sangat teruja dalam menjayakan konsert ini dengan gabungan yang menarik kerana sebelum ini dirinya hanya aktif bernyanyi secara solo.

“Ini adalah penampilan sulung kami selepas hampir 4 tahun, di mana sebelum ini saya lebih aktif menyanyi secara solo. Ianya saat yang sangat saya tunggukan kerana ”vibe” membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya di atas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat.

‘’Ianya juga satu”reunite” kembali Def Gab C dan selepas ini kami terus merancang untuk mengadakan Tour di seluruh Negara . Ujarnya.

Selain Asheed , Def Gab C dianggotai Oleh Jemboo (Gitar), Ahtonk (Drum) dan Epyn ( Bass ). Bagi penyanyi Kristal X, Lan juga tidak sabar untuk hiburkan peminatnya.

“Kristal X sangat teruja untuk beraksi didalam konsert ini, dan ini juga merupakan peluang kepada peminat setia kami untuk merasai kepuasan tersendiri memandangkan ianya diadakan secara sistematik di satu lokasi yang saya rasakan sangat sempurna dari segi penataan bunyi dan visual iaitu di Zepp KL . Saya dan anggota Kristal X yang lain iaitu Ainol (Drum), Napie (Gitar ) Amai (Bass) dan Ayop (Keyboard) sangat bersemarak untuk all out Rockin bersama para peminat semua” . Katanya.

Untuk makluman , Merah Hitam adalah perkataan yang diambil dari adaptasi kedua -dua lagu hits kumpulan tersebut iaitu “Merah” dari Def Gab C dan Hitam yang merujuk kepada lagu “Seragam Hitam” dari Kristal X .
Menurut pengarah persembahan ,Amad, konsert ini di adun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, manifesto dan paling utama di malam persembahan akan adanya beberapa elemen yang agak menarik .

 

Bagi Pengarah Urusan Shoreline Space En Shahrunnizam Jamel, dalam masa yang sama akan meraikan kemerdekaan pada malam itu dan meninggalkan kenangan buat penonton yang hadir.

“Ya kita juga akan meraikan Merdeka pada konsert tersebut , pastinya ada sedikit elemen patriotisme yang disampaikan dengan cara kami sendiri nanti , dan saya akan pastikan ianya bakal menjadi kenangan halwa telinga, kepuasan jiwa dan visual”.

“Konsert Def Gab C & Kristal X:Merah Hitam ini merupakan permulaan menceburkan diri secara profesional didalam sirkit persembahan langsung buat syarikat kami Shoreline Space . Ianya juga satu sinergi dengan perniagaan asas kami iaitu ruang acara dengan peralatan muzik terkini yang terletak di Sri Rampai .

”Saya secara peribadi amat-amat teliti dan cerewet didalam menyelenggara persembahan ini dengan menyediakan peralatan , sistem bunyi dan visual serta tenaga teknikal profesional yang bakal
mempersembahkan oleh barisan pemuzik pelapis terbaik Negara iaitu anggota kumpulan Def Gab C dan Kristal X”. Jelasnya.

Artikle Berkaitan :>

Potongan tiket 50% Konsert Milenia di Zepp KL

“Saya perlu maklumkan jadual kerja kepada AADK,” – Mamat Exist

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button