Ekonomi

Samaiden dan Gruppe Lighting Solution bekerjasama bangunkan insiatif tenaga diperbaharui

PETALING JAYA, 26 JUN 2024 – Samaiden Group Berhad (“Samaiden”), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”), mengumumkan anak syarikat milik penuh Samaiden, Samaiden Sdn. Bhd. (“SSB”), sedang menandatangani Perjanjian Kerjasama Perniagaan (“Perjanjian”) dengan Gruppe Lighting Solution Sdn. Bhd. (“Gruppe”).

Perkongsian strategik ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan penyelesaian pencahayaan yang inovatif dan cekap tenaga yang disepadukan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Gruppe ialah pakar pencahayaan yang mapan di Malaysia, pakar dalam pencahayaan awam, lampu pelabuhan/lapangan terbang, lampu industri dan komersial, lampu sukan dan pencahayaan seni bina.

Di bawah Perjanjian itu, Samaiden dan Gruppe akan bekerjasama untuk membangunkan dan melaksanakan sistem lampu jalan solar yang menggabungkan panel solar, penyimpanan bateri dan teknologi grid pintar.

Inisiatif ini termasuk sistem hibrid yang memastikan pencahayaan berterusan walaupun dalam tempoh cahaya matahari rendah dengan mengintegrasikan tenaga solar dengan sumber boleh diperbaharui yang lain. Sistem ini akan menyumbang kepada penciptaan infrastruktur bandar yang mampan, menyokong matlamat tenaga hijau Malaysia.

Related Articles

Kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama dalam program yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dengan ketara dan mengurangkan jejak karbon. Dengan menggunakan penyelesaian pencahayaan solar terkini, perkongsian itu akan mengurangkan penggunaan tenaga, menggalakkan kemampanan alam sekitar dan memajukan teknologi hijau.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, perkingsian dengan Gruppe ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam misi syarikat untuk mengembangkan inisiatif RE.

“Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam sistem PV solar dengan penyelesaian pencahayaan termaju Gruppe, kami bersedia untuk mencipta infrastruktur bandar pintar yang mampan yang akan memberi manfaat kepada komuniti di seluruh Malaysia. Kerjasama ini selaras dengan visi strategik kami untuk pertumbuhan dan penjagaan alam sekitar,” katanya di sini hari ini.

Dr. Siew Choon Thye, Pengarah Urusan Gruppe Dr Sirw Choon Thye berkata pihaknya teruja untuk bergabung tenaga dengan Samaiden dalam kerjasama strategik ini.

“Usaha gabungan kami akan memacu pembangunan penyelesaian pencahayaan yang inovatif dan cekap tenaga yang bukan sahaja memenuhi permintaan persekitaran bandar moden tetapi juga menyumbang kepada matlamat yang lebih luas untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kami berharap dapat memanfaatkan kepakaran kolektif kami untuk memberi impak positif kepada landskap TBB Malaysia,”tambahnya.

Setakat pukul 5 petang ini harga saham Samaiden ditutup pada RM1.29, mewakili modal pasaran RM539.9 juta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button