Hiburan

Salahkah irama dangdut digunakan video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’di Indonesia?

24 jam dimuat naik, lebih 1 juta tontonan

KARYA berbentuk hiburan secara umum dari Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia sejak dahulu lagi perlu akur dengan permintaan dari seberang.

Disebabkan oleh pasaran Indonesia lebih besar berbanding dengan pasaran dalam negara sendiri, maka ramai yang terlibat dalam industri hiburan khususnya muzik patuh dengan permintaan dari seberang.

Asalkan muzik Malaysia dapat tembus pasaran Indonesia, lagu-lagu penyanyi dari Malaysia dapat berkumandang di stesen-setesen radio Indonesia, penyanyi dari Malaysia dapat muncul di kaca televisyen di sana dan paling utama, rasanya, dapat mengumpul peminat dari Indonesia.

Tuntutan yang perlu dipenuhi paling mudah mampu dicontohkan di sini ialah lirik dan sebutan lagu-lagu yang dirakamkan oleh penyanyi Malaysia.

Ada lirik yang perlu diubah mengikut sebutan Indonesia. Itu tidak termasuk filem yang dialog perlu ditutur dalam bahasa Indonesia.

Segala tuntutan dan garis panduan yang diletakkan kepada karyawan Malaysia, diterima dengan sikap terbuka dan tidak dibangkitkan sebagai satu isu yang negatif.

Apabila dinyatakan karya hiburan dari Malaysia, tidak terkecuali produksi yang melahirkan animasi.

Upin dan Ipin sangat bernasib baik kerana pintu dibuka luas untuk masuk ke pasaran Indonesia. Satu penerimaan yang luar biasa bagi animasi Upin dan Ipin yang bertahan begitu lama di Indonesia.

Tidak perlu dipersoalkan jika tenaga pemasaran produksi Upin dan Ipin bijak mencari ruang untuk memantapkan terus kedudukan Upin dan Ipin di Indonesia selepas pertengahan tahun 2020 ini.

Dalam keadaan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, usahawan perlu bijak mencari ruang dan peluang untuk terus menjana pendapatan.

Tepukan bergemuruh untuk tenaga kerja Upin dan Ipin apabila video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ mencatat lebih 1 juta tontonan selepas 24 jam dimuat naik ke platform media sosial YouTube.

Kejayaan ini bukan semata-mata mencipta fenomena tersendiri bagi produksi Upin dan Ipin tetapi bilangan tontonan melebihi 1 juta membawa pulangan kepada pihak produksi Upin dan Ipin.

Mungkin jumlah tontonan video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ pada waktu ini sudah melepasi angka 2 juta tontonan.

Syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’.

Di Indonesia sekarang inni, #goyangupinipin bukan sahaja menjadi kata kunci tetapi turut menjadi sebutan pengguna laman sosial.

Satu lagi peningkatan video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ ialah ia berjaya menjadi cabaran Tik Tok challenge yang sedang tular di aplikasi Tik Tok.

Sedikit latar video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’, video ini berdurasi hampir lima minit.

Video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ menerima lebih 55,000 likes itu dikatakan video muzik tempatan kedua yang berjaya mencatat tontonan melebihi 1 juta dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik ke You Tube.

Fenomena itu mungkin juga didorong nama besar watak kartun animasi itu di negara jiran, Indonesia.

Pada tahun 2008, video muzik penyanyi Sufian Suhaimi menerusi lagu berjudul Di Matamu pernah mendapat jumlah tontonan melebihi 1 juta.

Irama dangdut amat kuat pengaruhnya di Indonesia dan bagi pemerhati dan peminat di Malaysia, tidak perlu mempersoalkan mengapa video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ berirama dangdut.

Bagi segelintir kaki kritik, tidak perlu mengeluarkan kritikan secara sembrono kerana fi’il kita menolak karya karyawan tempatan tetapi menerima karya luar dengan mudah. Termasuk membuka pintu tanpa batasan untuk artis luar sedangkan bakat seni anak Malaysia tidak kurang hebat.

Kalau dicontohkan di sini pertandingan reality televisyen memberikan kejuaraan kepada orang luar, nanti menimbulkan kemarahan pula.

Sekarang mengapa perlu ada segelintir peminat yang mahu mempersoalkan mengapa irama dangdut dipilih untuk video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’.

Tidak salah mengekalkan irama dan tradisi Malaysia tetapi berapa ramai yang menyokong secara ikhlas karya yang dihasilkan oleh karyawan Malaysia?

Jika menggunakan irama dangdut dalam video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ strategi pihak penerbit dan produksi dalam memperkukuhkan jenama Upin dan Ipin di Indonesia, sekalung tahniah diucapkan kerana ‘you push the right button’, Bingo! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button