Rencah Hidup

64 tahun perkahwinan: Tun M rai toleransi, perasaan bersama Tun Siti Hasmah

BEKAS perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi perasaan meraikan ulangtahun ke-64 perkahwinannya bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Di media sosial, Dr. Mahathir berkongsi tiga keping gambar romantiknya bersama Dr. Siti Hasmah santai di tepi laut di Pulau Langkawi.

Gambar tersebut diambil ketika senja hampir menjelma. Dengan latar awam yang kemerah-merahan mendamaikan dan laut yang tenang, pasangan romantis yang telah mencecah usia 96 tahun itu kelihatan tersenyum gembira.

Dr. Mahathir berkata, kebiasaanya beliau malu untuk mempamerkan perasaan kasih sayang di hadapan umum. Namun, menurutnya adalah sesuatu yang bernilai untuk meraikan toleransi dan perasaan selepas 64 tahun berkahwin.

“Saya malu untuk menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai. Tetapi kami telah berkahwin 64 tahun.
Saya rasa patut meraikan perasaan dan toleransi antara satu sama lain,” tulis Dr. Mahathir di media sosial.

Bulan ini genap 64 tahun usia perkahwinan  Dr. Mahathir  dan Dr. Siti Hasmah. Kedua-dua mereka berkahwin pada Ogos 1956. Pasangan itu mempunyai tujuh orang anak iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura and Mazhar.

Pengikut media sosial Dr. Mahathir yang kagum dengan usia perkahwinan yang panjang serta kasih sayang yang ditunjukkan antara satu sama lain mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Cantik ayahanda Tun, zaman skrg nak sampai 64 tahun usia perkahwinan belum tentu. Tahniah,” ucap Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff.

“Happy Anniversary dear Tun M and Tun Siti. May Allah pour His blessings upon both of you, with longevity, happiness and good health. Aamiin ya Rabbal Alamiin,” doa Ida Farida.

“Alhamdulilah. Moga berbahgia berpasamgan dunia akhirat. Salam kasih sayang dari kejauhan ,” kata Shazazamani.

A lot of people can just dream of having such a stable and long lasting relationship. Congratulations, Tun,” ucap TKokHong.

“Moga Tun berdua dilanjutkan usia dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah dalam kehidupan seharian,” doa Syahmi.

“Selamat berbahagia Tun berdua. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah,” ucap Ahmad Syukri.-SM

(Visited 603 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button