Salah gesa pemimpin dunia hentikan keganasan di Palestin
Pemain bola sepak Liverpool, Mohamed Salah meminta para pemimpin dunia untuk “melakukan segalanya dengan kekuatan mereka” untuk mengakhiri pembunuhan orang yang tidak bersalah, berikutan meningkatnya ketegangan di Palestin di mana sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk kanak-kanak, telah dibunuh Israel.
Rayuan Salah datang ketika tentera Israel meneruskan pengebomannya di Gaza yang dikepung pada hari Selasa.
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mensasarkan Tel Aviv dengan 130 roket setelah serangan udara Israel menyebabkan runtuhnya sebuah bangunan kediaman di Kota Gaza.
Dalam tweet pada hari Selasa, Salah secara khusus meminta Perdana Menteri Britain, Boris Johnson “untuk memastikan keganasan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah segera dihentikan”.