Hiburan

Saharul Ridzwan timang bayi perempuan

PELAKON Saharul Ridzwan berkongsi rasa gembira dengan peminatnya di Instagram apabila berkongsi gambar bayi keduanya semalam.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 31, berkata, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat.

“Ali dapat adik perempuan.

“Alhamdulillah, 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkah dan sepasang.

“Semuanya selamat, mummy sihat dan baby pun sihat,” katanya.

Saharul turut meminta doa daripada semua supaya isterinya lekas sihat dan cahaya mata keduanya menjadi anak solehah.

Ruangan komen Instagramnya juga penuh dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Antara yang mengucapkan tahniah ialah Aeril Zafrel dan Ashraf Muslim. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button