Bola SepakSukan

Barcelona menang 4-0 menentang Mallorca

BARCELONA memulakan kembali perjalanan dalam LaLiga dengan kemenangan yang begitu cemerlang.

Perlawanan menentang Mallorca itu menyaksikan Barcelona menang 4-0 pada perlawanan awal pagi tadi.

Barcelona bertandang ke Mallorca di Son Moix dan ini adalah perlawanan pertama selepas kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Perlawanan bermila baik apabila Arturo Vidal menjaringkan gol pertama.

Permulaan cemerlang itu membuatkan Barcelona berjaya mengawal perlawanan sebelum menambah gol kedua di minit ke 37 menerusi Martin Braithwaite.

Keputusan 2-0 kekal hingga selesai separuh masa pertama.

Gol ketiga Barcelona pula pada minit ke 79 menerusi Jodi Alba.

Lionel Messi pula menjaringkan gol di masa kecederaan dan melengkapkan perlawanan mengagumkan pada perlawanan tersebut. – SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button