Ekonomi
Saham Pos Malaysia jatuh ekoran laporan kerugian bersih
HARGA saham Pos Malaysia Bhd turun lebih daripada tiga peratus dalam perdagangan pagi Bursa Malaysia hari ini setelah syarikat itu semalam menyatakan kerugian bersih suku kedua meningkat kepada RM121.84 juta daripada RM19.02 juta tahun sebelumnya.
Pada pukul 9.01 pagi, harga saham Pos Malaysia adalah 2.5 sen atau 3.09 peratus lebih rendah pada 78.5 sen. – SM