Politik

Muhyiddin tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

PERDANA Menteri caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 Ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Menurut sumber Bersatu, semua Ahli Parlimen parti tersebut menyokong pencalonan Ismail Sabri termasuk Presidennya.

Memetik laporan SuaraTV, bagaimanapun sokongan ini mungkin berubah jika UMNO gagal mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Ismail Sabri.

Semalam, Biro Politik UMNO dikatakan berpecah dua; antara kumpulan mahukan hanya nama Ismail Sabri dihantar dengan satu kumpulan lagi yang mahukan beberapa nama dihantar. – SM

 

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button