Sukan

Safee Sali sebak umum persaraan selepas 20 tahun beraksi dalam dunia bola sepak

APABILA meneroka dunia bola sepak moden, nama Safee Sali pasti menjadi sebutan kerana aksinya sebagai penyerang berbisa kebangsaan sesuatu yang sukar dicari ganti.

Namun setelah 20 tahun berkecimpung sebagai pemain bola sepak professional, Safee Sali, 39, akhirnya mengumumkan saat ini adalah waktu yang terbaik untuk bersara.

Bagi Safee, keputusan itu dibuat kerana beranggapan beliau kini sukar untuk bersaing dengan pemain lain di bahagian serangan dan mahu membuka lembaran baharu.

Sewaktu dalam sidang media, Safee kelihatan sebak namun memaklumkan tidak akan meninggalkan dunia sukan bola sepak ini begitu sahaja.

Sebaliknya Safee bercita-cita mahu membuka akademi sukan bola sepak dan memiliki pada bola sendiri untuk manfaat lebih banyak pemain pada masa akan datang.

Dalam masa sama, Safee turut mengucapkan terima kasih kepada semua bekas pasukan yang pernah memberi ruang buatnya berkhidmat termasuk Kuala Lumpur (KL) City, Selangor, PKNS, PJ City, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pelita Jaya (Indonesia). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button