Politik

Saarani yakin BN dapat sokongan rakyat bentuk kerajaan

LENGGONG 19 Nov. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah, Lenggong bersama isteri Datin Seri Aezer Zubir pagi tadi.

Mereka tiba kira-kira pukul 8.07 pagi dan memasuki pekarangan tempat mengundi sebelum selesai dan keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Beliau turut beramah mesra bersama para pengundi serta meninjau proses pembuangan undi yang berjalan lancar.

Menurut Saarani, beliau berharap orang ramai dapat keluar mengundi terutama dalam keadaan cuaca yang sangat baik.

Menteri Besar Perak ini juga yakin sasaran BN untuk memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berjaya dicapai seterusnya membentuk kerajaan.

“Berdasarkan tinjauan kita yakin sokongan pengundi pada BN di Perak termasuk golongan muda tidak goyah.

“Pentadbiran kerajaan BN yang terjamin dan terbukti sebelum ini memberi keyakinan kepada para pengundi untuk terus bersama-sama BN,” ujar beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button