Hiburan

Sa Ya cukup hebat walaupun tersingkir malam tadi

NAMPAK sangat cakap tak serupa bikin. Semasa jadi penaja, dia pun sama, pilih bulu. Apa ‘kes’ Datuk Seri Vida membangkitkan isu pilih bulu dengan penyingkiran duo berkumpulan, Sa Ya malam tadi di pentas Gegar Vaganza minggu suku akhir.

Tidak dinafikan bahawa Sa Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin bukan berdiri sebagai penyanyi duet atau berkumpulan sebaliknya latar belakang mereka adalah dalam Senario, kumpulan pelawak.

Ya kumpulan lawak yang pernah menjadi nombor satu di Malaysia dan negara jiran kerana kehebatan Senario yang turut dianggotai Lan Pet Pet, Wahid dan Azli selain Apek dan Yassin pada ketika itu adalah sebagai pelawak, bukan penyanyi.

Keberanian Sa Ya melangkah ke pentas GV adalah lebih kepada memberi cabaran kepada penyanyi-penyanyi yang dalam erti kata sebenar, itu cari makan mereka.

Sa Ya tidak perlu membuktikan vokal mereka power atau padu atau hebat kerana memang vokal mereka adalah vokal pelawak. Apakah vokal pelawak? Asalkan nyanyi secara live, boleh ikut tempo. Kalau nak bandingkan dengan segelintir artis yang menggelar diri mereka sebagai penyanyi, apabila menyanyi secara live, sumbang mambang!

Tetapi sekurang-kurangnya nyanyian Sa Ya tidakklah ke laut dalam, menyanyi sumbang atau lari tempo. Jadi, syabas kepada Sa Ya dan Vida, tak perlu nak persoalkan pilih bulu ke pilih kasih. Itu publisiti murahan!

Vida boleh aje buat program hiburan sendiri, bayar kat stesen televisyen dan letak penyanyi atau artis pilihannya. Baru tiada soal pilih bulu bagai.

Seperkara lagi, juri pertandingan GV terdiri daripada mereka yang memandang kepada kekuatan vokal dan dari segi persembahan, sekreatif mana sekali pun, ia sebagai satu bonus. Memanglah kalau para juri termasuk juri jemputan malam tadi tidak berpuas hati dengan vokal Sa Ya. tidak mencapai piawaian barisan juri yang bijaksana, Sa Ya bukan A To Z – Itek Gembo Gembo.

Andaikata Sa Ya melangkah sehingga ke peringkat akhir GV musim kali ini, ia menjadi satu tamparan ke muka para peserta yang sebenarnya berdiri sebagai penyanyi.

Jadi tersingkir atau disingkir malam tadi, peringkat suku akhir, lebih kepada isyarat bahawa Saiful Apek dan Yassin adalah kombinasi yang tetap mantap di tahun 2022. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button