Rumah terbakar, lelaki tinggal seorang diri ditemukan rentung
SEORANG lelaki yang tinggal seorang diri maut dalam satu kebakaran dalam kebakaran di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan Tun Razak, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, kebakaran berlaku melibatkan empat buah rumah.
“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.39 pagi.
“Sebanyak 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Titiwangsa, BBP Keramat dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kebakaran rumah pertama ialah sebanyak 70 peratus dan tiga buah rumah yang lain sebanyak 30 peratus.
Jelasnya, lelaki berusia 54 tahun itu juga ditemukan dalam keadaan rentung.
“Api dapat dikawal pada jam 7.02 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.