Rencah Hidup

Roti habis! Bekalan terputus di kedai-kedai runcit

BIAR betul! Roti Gardenia habis. Puas mencari roti semalam di kedai-kedai runcit , kedai acheh dan rangkatan kedai serbaneka 7E sekitar Kajang dan Bangi, peniaga memaklumkan roti habis.

Sehingga hampir ke pukul 10 malam mencari roti, akhirnya pulang dengan tangan kosong.

Menurut salah seorang peniaga kedai acheh, bekalan roti terputus sejak banjir melanda.

“Mungkin kilang roti masuk air banjir,” katanya yang sukar dipastikan sama ada kata-katanya itu bersahaja atau serius.

Katanya, jika pelanggan mahu membeli roti, bolehlah pergi ke kedai-kedai di sebelah pagi, itupun tiada jaminan roti akan ‘sampai’.

Sejak banjir melanda negara pada Sabtu lalu, kuantiti penghantaran roti tidak seperti biasa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button