Hiburan

Rosyam Nor terpaksa sekat pelanggan masuk ke pasaraya miliknya

SEMALAM, sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dalam Perutusan Khas berhubung dengan wabak COVID-19 yang membuatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) mengambil langkah mengenakan kawalan pergerakan atau lockdown, orang ramai sudah mula tidak tentu arah dengan menyerbu pasaraya-pasaraya untuk membeli keperluan yang dijadikan bekalan lebihan.

Walaupun diingatkan jangan berasa panik namun masih ramai yang tidak dapat membendung rasa takut kehabisan barang-barang di pasaraya-pasaraya.

ASTRO Gempak melaporkan, pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya semalam.

Menurut Rosyam, tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai susulan berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau lockdown.

Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagramnnya.

https://www.instagram.com/tv/B9zPH_kDjPy/

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni, jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya.

Terdahulu, penyebaran berita palsu di media sosial mengenai perintah berkurung menjadi tular.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak membeli barang-barang keperluan harian dalam jumlah yang banyak sebagai persiapan antaranya  beras, mi segera, sardin, tepung dan cecair pembasmi kuman.

Kawalan pergerakan akan bermula esok, 18 Mac sehingga 31 Mac ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button