Ekonomi

RON97 dan RON95 naik 3 sen, diesel naik 4 sen seliter

HARGA bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala diesel pula naik empat sen bagi tempoh 20 hingga 26 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.89, RON95  (RM1.59)  dan diesel RM1.77.

Kenaikan ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button