Politik

Rohingya pelarian bukan berhijrah

TINDAKAN menyamakan pelarian Rohingya dengan umat Islam yang berhijran dari Mekah ke Madinah ketika zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW tidak patut.

Ini kerana, umat Islam ketika itu menerima ancaman keselamatan berbanding Rohingya yang keluar daripada kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Malah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai pelarian juga adalah salah kerana penghijrahan baginda ke Madinah adalah atas perintah Allah SWT.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam Dewan Rakyat semalam adalah tidak patut dan salah dari segi fakta.

“”Dalam kitab Fiqh Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri dengan hanya melarikan diri begitu, tetapi adalah atas perintah dan tuntutan Allah SWT.

BACA > Jangan pisahkan politik dengan agama – Abdul Hadi — Suara Merdeka

“Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain.”

Demikian penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad berhubung penghijrahan Umat Islam dibandingkan dengan pelarian Rohingya.

Beliau berkata demikian mengulas menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

Mohd. Fakeh dalam dewan rakyat hari ini membangkitkan soalan sama ada kenyataan Mohamad Sabu semalam boleh diklasifikasikan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Pemuda Pas Kelantan, Mohd Ariff Abdullah mendesak Ahli Parlimen Kota Raja itu membuat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam.

Katanya, menyamakan pelarian dengan konsep penghijrahan nabi dan para sahabat adalah salah dan terpesong.

“Kenyataan itu jelas bertentangan dengan konsep Islam dan apa yang diajarkan oleh nabi kita.

BACA > Najib bersalah 7 tuduhan — Suara Merdeka

“Penggunaan maksud pelarian sama seperti penafsiran yang telah dibuat oleh para orientalis barat terhadap makna penghijrahan,” jelasnya.

Malah menurutnya lagi, penghijrahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat adalah sebahagian daripada proses dakwah.

Lebih bertentangan dengan konsep pelarian, kedatangan Baginda di sambut meriah oleh penduduk Madinah.

“Melalui peristiwa ini bermulanya sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang mengaplikasikan Islam yang syumul.

“Merangkumi kehidupan manusia baik dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

“Hasil daripada peristiwa hijrah sejak 1441 yang lalu, Islam mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia dan pernah menguasai tiga per empat dunia.

BACA > Pergolakan DAP Sarawak: Pengerusi terkejut Naibnya umum keluar parti — Suara Merdeka

“Susulan peristiwa hijrah itu juga menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan.

MOHD. ARIFF ABDULLAH

“Ia sebagai penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil,” ujarnya.

Semalam Mohamad Sabu dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong menyatakan tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Beliau berkata demikian dengan turut memasukkan Nabi Muhammad dalam kategori pelarian apabila Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Tambahnya, pelarian tidak seharusnya digambarkan sebagai buruk dan kategorinya tidak boleh disamakan dengan pencari suaka.

BACA > Sangat tidak wajar Mat Sabu samakan Rasullulah dengan pelarian — Suara Merdeka

Bagaimanapun, menurut Mohd. Ariff lagi, Mohamad perlu menarik balik kata-katanya semalam kerana kenyataan tersebut mengguris hati umat Islam khususnya di Malaysia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button