Ekonomi

RM50 juta untuk usahawan India dalam program Bank Rakyat Brief-i

BAGI mengalakkan komuniti India meningkat ekonomi dalam perniagaan Bank Rakyat memperuntukkan RM50 juta menerusi Program Pembiayaan Bank Rakyat India Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) bermula perusahaan kecil mikro dan sederhana.

Secara tidak langsung ia membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka dari kecil sehingga ke peringkat atasan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi, Datuk Ramanan Ramakrisnan, pembiayaan ini selaras dengan kerajaan MADANI untuk membantu rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi, Datuk Ramanan Ramakrisnan

‘’Kalau kita tengok sekarang ada banyak kaum India berniaga di luar tetapi mereka tidak diberikan satu peluang sebelum ini untuk berniaga, Rm50 juta ini disediakan khas untuk mereka jadi mereka boleh gunakan ini untuk membangunkan perniagaan mereka atau membawa perniagaan kepada next level.

‘’Ini untuk bangunkan di mindle ground, kalau kita tengok lower ground kita ada program macam pen yang sudah mulakan yang tidak memerlukan apa-apa dokumen hanya IC sahaja. Kita juga cuba untuk bangunkan mereka menjadikan mereka usahawan’’. Katanya dalam sidang media di Menara Bank Rakyat pagi ini.

Tambah beliau, BRIEF-i ini adalah bukti dedikasi Bank Rakyat terhadap inklusiviti serta pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia secara holistik dan menyeluruh sejak 70 tahun penubuhannya, selain merupakan peluang untuk usahawan komuniti India mencapai aspirasi Kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar, sekali gus merapatkan jurang ekonomi Malaysia MADANI yang makmur dan sejahtera.

“BRIEF-i merupakan inisiatif yang dapat membina masa depan yang lebih cerah bagi usahawan komuniti India. Saya percaya bahawa dengan menyokong usahawan komuniti India, kita mampu memupuk ekonomi yang lebih pelbagai, berdaya tahan dan makmur untuk semua.

Mengulas lanjut beliau berkata, BRIEF-i menawarkan pelbagai kelebihan berbanding program pembiayaan lain yang ada di pasaran antaranya; bagi perusahaan mikro, BRIEF-i menawarkan kadar rata 6.50% setahun dengan had pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000, bagi PKS, kadar pembiayaan adalah pada kadar asas pembiayaan (KAP) + 0.67% setahun, termasuk yuran jaminan dengan had antara RM50,001 hingga RM1 juta.

“Berbeza dengan sesetengah program pembiayaan lain, BRIEF-i tidak memerlukan usahawan untuk mempunyai simpanan paksa (force savings) atau menyertai kumpulan bantuan diri (self-help group). Ini memberikan kebebasan kepada usahawan untuk fokus sepenuhnya kepada perniagaan mereka tanpa sebarang kekangan tambahan,” ujarnya.

Beliau juga menekankan bahawa BRIEF-i menetapkan proses dokumentasi yang ringkas berbanding program pembiayaan lain bagi membolehkan usahawan memohon dengan lebih mudah dan pantas, di samping jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) turut disediakan bagi pelanggan PKS dan perlindungan Takaful secara percuma bagi perusahaan mikro.

Selain daripada proses kelulusan permohonan mengambil masa selama 14 hari bekerja sahaja, BRIEF-i turut menetapkan kriteria kelayakan bagi memastikan program pembiayaan ini mencapai golongan sasaran.

“Perusahaan mikro mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun dengan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan, manakala usahawan PKS mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun, mengekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan serta mempunyai nilai aset bersih yang positif,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat raikan Jubli Platinum

Kumpulan Bank Rakyat umum untung RM1.76 bilion

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button