Ekonomi

RM141.72 bilion pelaburan digital lulus sehingga Oktober 2024

Sebanyak RM141.72 bilion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Memetik BERNAMA, Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 41,078 peluang pekerjaan juga berjaya diwujudkan dalam sektor ekonomi digital.

Selain itu, katanya pelbagai inisiatif dilaksanakan kementerian untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam ekonomi digital termasuk melalui kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia.

“Kementerian menetapkan bahawa pelaksanaan program dan inisiatif pendigitalan negara adalah mengutamakan pengukuhan infrastruktur digital, ketahanan siber dan juga pembangunan bakat digital.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button