Nasional

RM1,000 dapat ringankan beban baiki kereta

KERAJAAN telah mengumumkan alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan RM1,000 bagi pembaikan kenderaan di bengkel tidak berdaftar di bawah inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia bermula 19 Januari lalu.

Bantuan RM1,000 untuk pembaikan kenderaan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

Seorang penduduk Taman Sri Muda, Mohd Anuar Ahmad, 36, berkata dia bersyukur apabila kerajaan umumkan mangsa banjir boleh membuat tuntutan bantuan pembaikan kenderaan walaupun kenderaan dihantar di bengkel tidak berdaftar di bawah inisiatif bantuan itu.

Mohd Anuar Ahmad, 36

“Saya suka dan bantuan tersebut sidikit sebanyak kurangkan beban tetapi kalau diikutkan kerosakan kereta bantuan tersebut tidak cukup.

“Kerosakan yang dialami bukan sedikit tapi banyak dan jumlah untuk baiki kereta besar,” katanya.

Tambahnya, minimum kos untuk baiki kereta Myvi barunya yang tenggelam banjir adalah RM6,000.

Sementara itu, pengurus bengkel, Sheikh Raqeeb Bajunid, 45, berkata terdapat pelanggannya yang bertanya cara untuk menuntut bantuan tersebut dan hari ini, dua orang pelanggannya sudah tuntut bantuan tersebut.

Sheikh Raqeeb Bajunid, 45

Tambahnya, bantuan yang kerajaan berikan dapat mengurangkan beban pemilik kereta walaupun mereka masih perlu mengeluarkan duit sendiri untuk baiki kereta.

“Ada yang bertanya cara nak tuntut bantuan itu dan hari ada dua orang pelanggan saya sudah tuntut.

“Kerajaan bagi RM1,000 untuk satu kereta memang tak cukup untuk kos baiki kereta tetapi sedikit sebanyak dapat kurangkan beban mangsa,” katanya

Beliau berkata kos paling tinggi baiki kereta tenggelam banjir hampir RM5,000 dan kereta kebanyakkannya mengalami kerosakan bahagian elektrikal.

Seorang lagi pengurus bengkel Nor Hafizi Ishak, 45, berkata seminggu selepas banjir penduduk Taman Sri Muda sudah mula hantar kereta di bengkel.

Nor Hafizi Ishak, 45

“Seminggu selepas banjir orang baru hantar kereta kerana bengkel juga tenggelam banjir. Jadi kami perlu bersihkan bengkel dulu. Bengkel dah bersih baru kami terima pelanggan.

“Bengkel dekat kawasan sini penuh dengan kereta-kereta yang tenggelam banjir. Dekat bengkel saya sahaja ada dalam 20 buah kereta,” katanya.

Nor Hafizi turut berkata, bantuan RM1,000 untuk baiki kereta dapat mengurangkan beban pemilik kereta.

Mangsa banjir boleh membuat tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia bagi pembaikan kenderaan di bengkel tidak berdaftar di portal rasmi
https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi mereka yang menghantar kereta untuk dibaiki di 19 syarikat yang berdaftar seperti berikut tidak layak untuk memohon bagi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar):

1 . Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
2 . Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
4 . UMW Toyota Motor
5 . Honda Malaysia
6 . Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
7 . Volvo Car Malaysia
8 . TC Euro Cars (Renault)
9 . Mercedes-Benz Malaysia
10 . BMW Malaysia
11 . Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
12 . Mazda, Peugeot dan KIA
13 . TC Subaru
14 . Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
15 . Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
16 . Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
17 . Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
18 . Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
19 . KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki) – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button