RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) akan terus memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama yang memerlukan bantuan ekoran terkesan dengan pandemik ketika ini.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya memahami masalah dihadapi ramai usahawan dan PKS yang terpaksa mencari jalan untuk memastikan bisnes dilakukan dapat bertahan.
“Justeru itu, kami membawakan program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes dapat terus bertahan malah berkembang ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat.
“Melalui panduan ilmu pemasaran tanpa kos yang kami bawakan secara percuma pada hujung bulan ini iaitu 28 hingga 30 Mei nanti diharap dapat membantu dan digunakan sepenuhnya kebanyakan usahawan di negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
RichWorks julung kalinya meraikan usahawan dan wakil persatuan PKS bersama media sempena pelancaran program ZKM bagi terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mengetahui dengan lebih mendalam isu atau masalah sedang dihadapi.
RichWorks yang begitu dekat dengan PKS sejak 2008 telah membimbing lebih 1.1 juta orang dengan 400,000 orang dilatih secara virtual ketika bermulanya pandemik pada tahun lalu.
Tambah beliau, apatah lagi cabaran selepas Raya di mana mungkin ada yang sudah banyak berbelanja dan mula mencari cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan berbisnes.
“Mentor yang merupakan Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman mengumpamakan bahawa pemasaran itu ialah oksigen bagi seseorang usahawan.
“Tanpa oksigen, seseorang itu tidak dapat bernafas dan akan mati. Begitu juga bagi sesebuah bisnes, jika tidak ada atau salah pemasarannya maka tunggu saja masa untuk tutup,” jelasnya.
Radz memberitahu, program itu nanti akan kongsikan panduan dan tip penting bagi usahawan memanfaatkan ‘Zero Kos Marketing’ agar bisnes mereka dapat terus bertahan malah meningkat lagi.
Dalam pada itu, Radz turut mengumumkan pemenang pertama Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama iaitu Puan Erdayu Rosli merupakan ejen Chocodaps yang mendapatkan tajaan permentoran Spire selama 12 bulan bernilai RM25,000 secara percuma.
“Pemenang ini akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan & pemasaran; kepimpinan; pematuhan dan operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya agar mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.
“Kami masih mencari 9 orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti bisnes telah beroperasi selama 3 tahun dan lain-lain lagi,” jelasnya.
Untuk keterangan lanjut mengenai program ZKM dan peraduan Aspirasi, orang ramai boleh melayari www.BinaBisnesBerjaya.com.