Ekonomi

Richiamo Coffee kerjasama dengan Husqvarna Motorcycles

 

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Richiamo Coffee Sdn Bhd, pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee menjalinkan kerjasama dengan jenama motosikal dari Austria, Husqvarna dengan mengendalikan siri jelajah (tour) motosikal Svartpilen 250, Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 mulai 30 Oktober 2021.
Siri jelajah itu akan memperkenalkan model motosikal Café Racer Husqvarna dengan permulaan di cawangan Richiamo Coffee Cyberjaya dan tamat di Richiamo Coffee Bukit Beruntung.
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah berkata, kerjasama dengan jenama motosikal terkemuka antarabangsa ini merupakan satu peluang jalinan yang tidak boleh dilepaskan.
“Richiamo Coffee berbangga kerana ada jenama antarabangsa berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama tempatan dan kami merasakan ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan,”
“Kebetulan pula model yang diperkenal ini merupakan model Café Racer dan ia bersesuaian dengan konsep kafe Richiamo Coffee katanya.
Beliau berkata, melalui kerjasama ini, Husqvarna akan membawa motosikal model Café Racer ke cawangan Richiamo Coffee di sekitar Lembah Klang dan para peminat motosikal ini boleh melakukan tunggang uji (test ride) yang disediakan oleh pihak Husqvarna.
Para pengunjung yang menyertai sesi tunggang uji itu, boleh menikmati minuman Richiamo Coffee yang disediakakn di setiap lokasi tersebut.
Sesi jelajah itu akan bermula di Richiamo Coffee UTMKL (30 Oktober), Richiamo Coffee Cyberjaya (6 November), Richiamo Coffee Bukit Beruntung (13 November).
Siri jelajah ini dibawakan oleh pengedar Husqvarna Wilayah Tengah Welly World Cycle Sdn Bhd.
Penganjur menyediakan model Svartpilen 250, Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 untuk semua lokasi tersebut.
Mengulas lanjut Zamry berkata, jika siri jelajah ini berjaya menarik ramai peminat motosikal Café Racer menguji pihak Husqvarna bersedia untuk meluaskan sesi uji tunggang di rangkaian Richiamo Coffee seluruh negara dengan sokongan para pengedarnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button