Nasional

Rezeki begedil Nurul Amiza sepanjang cuti semester UPSI

Nurul Amiza Idros, 22, antara pelajar Universiti Pendidikan Sultan idris (UPSI) yang kini sedang bercuti semester.
Walaupun cuti semester dan tidak berada di kampus dua tahun lebih, itu tidak bermakna Nurul Amiza menghabiskan masa dengan berehat sahaja sementara kampus di buka semula untuk menyambung pengajian.

Nurul Amiza bersama tauhu begerdil yang bersedia untuk dijual kepada pelanggan di sekitar Bagan Datuk.

Nurul Amiza yang mencetuskan idea menjual tauhu begedil itu adalah pelajar semester tiga pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, di Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memilih persekitaran kampungnya di Kampung Tebuk Haji Tahir, Selekoh, Bagan Datuk, Perak.

Tentang cetusan idea awal memilih produk makanan itu , katanya, pada awalnya sekadar mencuba resepi baru, belajar di youtube sahaja untuk makan sendiri malah tauhu begedil adalah makanan kegemarannya.

Nurul Amiza berkata perniagaan kecil-kecilannya itu tidak lebih sekadar mengisi masa terluang dengan efektif di samping mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan pengajian apabila kembali ke kampus pada Oktober depan.

“Namun, oleh kearana ia memang makanan kegemaran, maka saya pun cuba membuatnya sendiri dan percubaan pertama terasa sedap.
Lantas, katanya, tauhu begerdil turut dinikmati oleh kawan-kawan dan mendapat maklum balas yang positif sehingga mendorong Nurul Amiza memanfaatkannya untuk dijual kepada kenalan sekitar Bagan Datuk.

“ Saya mempromosi jualan tauhu begedil ini di platform media sosial, dan Cash on Delivery (COD), Alhamdulillah mendapat sambutan,” katanya.
Anak kepada seorang pengambil upah kerja kebun , Nurul Amiza berkata dengan modal kecil yang dikongsi bersama ibu , kini sambutan terhadap tauhu begedil masakannya semakin diketahui ramai.

Dengan sambutan baik itu, Nurul Amiza berkata dia sangat bersemangat , walaupun kadang-kadang terasa letih juga sebab dia sendiri yang membuatnya dari mula hingga akhir termasuk keluar membeli barang mentah, masak, dan mengantar kepada pelanggan.

“Saya tidak dapat menafikan bahawa proses membuat tauhu begedil ini agak renyah, tetapi apabila mendapat maklum balas positif dan pujian dari pelanggan, maka saya tidak terasa letih, malah berasa bersemangat untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Nurul Amiza yang menjual tauhu begedil sekitar harga enam biji RM6 menganggap dirinya bertuah kerana usahanya itu mendapat sokongan yang baik daripada ibu bapa dan rakan- rakannya.

Katanya, hasil jualan sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan untuk simpanan membiayai pengajian di UPSI dan membayar sewa rumah Oktober nanti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button