NegeriPendidikanRencah Hidup

Revolusi Pameran Fesyen Antarabangsa martabatkan identiti warisan budaya

OLEH Prof. Madya Dr. Arasinah Kamis Pensyarah Kanan di Jabatan Hospitaliti dan Sains Konsumer, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris

FAKULTI Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melancarkan pameran fesyen yang bertemakan “Timeless Royal Sovereign & Multiverse” yang menghimpunkan hasil karia 118 rekaan pakaian termasuk aksesori yang mempunyai inspirasi tersendiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga kerjasama dengan dengan Universitas Negeri Malang, Indonesia (UM).

Tema kali ini menampilkan pakaian diraja Cina zaman dahulu, manakala “Multiverse” menggambarkan rekaan keanekaragaman atau keberagaman, idea serta gagasan yang berasal dari kekayaan seni, tradisi dan budaya bangsa Indonesia dengan sentuhan moden.

Pameran ini berlangsung dari 24 Januari hingga 23 Februari 2024 bertempat di Muzium Pendidikan Nasional, UPSI telah berjaya mengangkat martabat dunia fesyen tempatan ke satu tingkat yang lebih tinggi.

Ia berjaya menarik perhatian peserta dan juga para pengunjung dari dalam dan luar negara. Pameran telah dirasmikan oleh Dekan FTV iaitu Dr. Mohd Azlan Mohammad Husain turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi iaitu Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar, Dr. Rr. Poppy Puspitasari (Vice Dean-Research, Innovation & Public Relation) dari Universitas Negeri Malang, diiringi oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa Profesor Madya Dr. Zaliza Hanapi, Timbalan Dekan Penyelididkan dan Inovasi Dr. Norhanizan Usaizan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Dr. Suriani Mohammed serta Ketua Jabatan Hospitaliti dan Sains Konsumer Dr. Zahidah Ab. Latif.

Majlis menandatangani “Implementation Arrangement” juga telah dilaksanakan antara Faculty of Engineering, UM dengan Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI bagi program ini.

Rekaan pakaian adalah inspirasi dan diinovasikan dengan menampilkan kebaya, kontemporari, moden serta aksesori fesyen yang telah dibimbing oleh pensyarah kursus dari FTV iaitu Profesor Madya Dr. Arasinah Kamis (Seni Reka Fesyen), Dr. Nor Asimah Zakaria (Pakaian Wanita), Zaleha Arshad (Pakaian Perempuan Lanjutan) dan Annisau Nafiah dari UM (Pameran Busana). Penghasilan pakaian telah dibantu oleh pegawai pereka iaitu Norizan Mohd Nor dan Senijulita Johari.

Selaras dengan aspirasi YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di dalam majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi pada 12 Januari 2024 yang mana salah satu landasan bagi meningkatkan prestasi cemerlang pendidikan tinggi negara adalah menuju proses pengantarabangssn.

Dengan memastikan sistem pendidikan tinggi Malaysia berkualiti dan standing di peringkat antarabangsa. Justeru itu, pameran fesyen antarabangsa ini adalah salah satu plat form bagi merealisasikan hasrat tersebut bagi melonjak dan memartabatkan bidang TVET.Pameran fesyen ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengekspresi pakaian kebaya tradisional dari aspek inovatif, unik dan menawan yang mana memiliki elemen tersirat untuk diamati serta dinilai oleh para pengunjung. Semoga pameran ini akan terus melestarikan dunia pendidikan seni reka fesyen, industri fesyen dan perdagangan fesyen di Malaysia.

Di samping itu, dalam pameran berkenaan pengunjung tempatan mahupun antarabangsa berpeluang melihat ciri-ciri teknikal dan aspek perincian yang diselitkan pada setiap rekaan yang dihasilkan. Selain itu, memberi penghargaan terhadap busana tradisional boleh memberi inspirasi kepada generasi yang bakal menyambung warisan untuk memahami bagaimana “nilai-nilai silam boleh disesuaikan sehingga hari ini.” “Pameran sebegini boleh memberi penghargaan, penghormatan dan galakan kepada para pelajar dalam seni reka fesyen untuk terus berkarya. Paling penting, pameran ini diharap dapat memberikan pengetahuan dalam kalangan pengunjung mengenai seni fesyen tempatan yang berinspirasikan pakaian tradisional di Malaysia mahupun Indonesia,” jelas Dr. Mohd Azlan Mohammad Husain pada majlis pelancaran pameran fesyen dan sebagai perasmi pameran tersebut.

Katanya lagi, “Saya harap kita dapat mencari jalan untuk mengembalikan kegemilangan dunia fesyen Malaysia. Bukan sahaja untuk dipromosikan di peringkat tempatan, malah global. Justeru, kita seharusnya memastikan semua orang boleh belajar dan mendapat manfaat daripada kekuatan masing-masing, sekali gus dapat membantu membina industri ini lebih kukuh dan memberi manfaat kepada semua peminat fesyen di dalam mahupun di luar negara khususnya,”Program sebegini perlu diteruskan dan dijangkakan akan dapat diperkembangkan lagi sekiranya pada masa akan datang mendapat banyak sokongan dan penajaan daripada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia. Sebagaimana Fashion Week (KLFW) yang telah diadakan di Malaysia pada setiap tahun mendapat banyak sumbangan dan sokongan daripada jenama kereta mewah Jepun, Lexus; gergasi teknologi, Samsung dan salah satu daripada kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, Ambank.

Pameran sebegini dijangkakan mempunyai aspirasi untuk menjadi seperti manifesto yang dianjurkan oleh Palais Galliera di muzium fesyen Kota Paris pada tahun 2023. Pameran tersebut menampilkan 200 reka bentuk fesyen termasuk 60 rekaan terkini dan aksesori yang unik telah dianjurkan oleh Victoria dan Albert Muzium London. Salah satu pakaian yang dipamerkan adalah pakaian Chanel terawal tahun 1961 dan kostum asal yang direka oleh Chanel untuk produksi Ballets Russes Le Train Bleu pada tahun 1924. Ini menjadi titik tolak dan sebagai rujukan bahawa sejarah warisan dan kesenian sesebuah budaya perlu ditonjolkan dan perlu diperlihatkan kepada generasi kini supaya tidak tenggelam, pupus dan dilupakan.

Seperti mana dalam pameran oleh Kebaya Société sempena acara Gaya Kebaya di 45 Sultan Gate Singapura pada tahun 2023 iaitu “Raikan Warisan Kita” anjuran bersama BERITA Mediacorp dan One Kampong Gelam yang mengimbau kembali kenangan masa silam dan evolusi kebaya sepanjang 130 tahun menerusi koleksi kebaya dari Singapura, Indonesia dan Malaysia.Pameran tersebut menampilkan sebanyak 25 kebaya turun-temurun dan mempunyai ceritanya tersendiri. Menariknya dalam pameran ini mempamerkan kebaya tertua berusia kira-kira 130 tahun.

Pameran juga mengetengahkan pengetahuan berkaitan kepelbagaian bentuk kebaya, corak, fabrik dan aksesori agar dapat mendedahkan kepada golongan muda agar dapat menerima dan menjadi pilihan sebagai fesyen harian. Dengan adanya pameran sebegini menjadi pendorong para pereka fesyen tempatan dan antara negara asia agar dapat bersama-sama mengembeling tenaga dan mengeluarkan idea bagi menampilkan warisan pakaian negara masing-masing. Dalam usaha mengekalkan pakaian tradisional supaya releven sehingga hari ini boleh membantu mengekalkan nilai-nilai berkaitan dengan fesyen pakaian wanita moden yang mana kebaya adalah akar tradisi fesyen dan sejarah dunia Melayu-Indonesia yang dipakai oleh kaum wanita pelbagai masyarakat dan latar belakang mengikut wilayah dan negara masing-masing.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Cik Asmah Alias pengurus besar Taman Warisan Melayu kebaya merupakan satu warisan hidup yang telah dikongsi dalam rantau ini sejak dahulu lagi, dan asal usul kebaya sudah pergi jauh melangkaui fesyen zaman dahulu.

Antara lain, satu pameran yang dilancarkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) yang telah diadakan pada 24 Mei 2023 telah mengemukakan kebaya sebagai pencalonan berbilang negara dalam senarai UNESCO bagi Kemanusiaan ICH (warisan budaya tidak ketara) sebagai warisan dunia, pada masa akan datang sebagaimana yang telah dibentang dan dibincangkan bersama Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Malaysia.

Jika berjaya kebaya akan tersenarai sebagai satu warisan yang terpulihara. Hasil pencalonan tersebut akan diumumkan pada tahun 2024 melalui pelancaran “Kebaya: Kemahiran, Tradisi dan Amalan”.

Rekaan-rekaan pakaian telah berlaku evolusi yang amat besar dengan gabungan elemen tradisional dan inspirasi dalam rekaan pakaian sesetengah budaya pelbagai negara yang mempunyai ciri-ciri kesopanan yang masih diwarisi.

Di samping perlu mengekalkan nilai estetika yang perlu dipelihara demi memartabatkan identiti sesuatu budaya atau bangsa. Perlu mengambil kira adab berpakaian bagi menghormati sesebuah budaya dan warisan. – SM

BACA UPSI, MASKUM santuni mangsa banjir di Kota Tinggi

BACA UPSI semak program akademik besar-besaran

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button