CelotehNasional

‘Reset Malaysia’ : Jalan Terbaik Kembalikan Keharmonian, Tolak Percaturan Yang Mengarut

Rakyat terus hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang yang dipraktikkan kerajaan hari ini kerana impaknya cuma menimbulkan lebih banyak kemarahan.

Sudahlah dengan ahli politik korup, ahli politik lompat katak, ahli politik pintu belakang, ahli politik perasan bagus dan lain-lain, rakyat hilang tempat untuk mengadu.

Nak harapkan jabatan kerajaan atau institusi kementerian sedia ada? Siapalah rakyat di mata mereka? Kecuali ada kabel yang cantik untuk dapatkan akses.

Nampak sungguh pahit namun inilah realiti yang perlu ditelan generasi hari ini tentang keruntuhan sistem negara beraja yang dijulang selama ini.

Gerakan halus untuk merosakkan masyarakat telah membiak namun suara rakyat masih berada di skala rendah. Prinsipnya tetap satu, masih ada rasa hormat.

Namun jika percaturan kerajaan hari ini semakin mengatut, jangan pelik kenapa akan wujud ekstremis dalam negara, dalam kalangan orang Melayu itu sendiri.

Jangan pelik kenapa akan wujudnya golongan Islamik yang akan turut sama bangkit cuba menghentikan kerosakan ini dengan cara bukan undang-undang.

Satu pesan penulis.. orang Melayu ini jiwanya seperti harimau Malaya. Waktu sihat, gemuk dan kenyang, itulah sejinak-jinak haiwan dalam hutan belantara.

Tetapi jika sekali tercalar, terguris atau terluka hati atau tubuhnya, ganasnya sukar untuk diduga. Sebesar gajah pun boleh tumbang dibaham jiwa yang marah!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button