KesihatanNasional

Rempah, kekacang, bijirin: R&D Dr. Furizat Yahya

PEMAKANAN tambahan berasaskan rempah ratus, bijirin dan kekacang  dalam kata paling mudah, duduk di dalam Industri Perubatan Alami.

Individu yang memegang stering dalam industri tersebut dan banyak menghabiskan masa membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah Dr. Furizat Yahya.

Diundang sebagai tetamu dalam segmen penstriman secara langsung, KAPTEN INDUSTRI hari ini, Dr. Furizat banyak berkongsi ilmu perubatan yang sebenarnya, bahan-bahan berkenaan ada di dapur, dalam rumah atau di halaman.

Berjaya tampil dengan produk Biospektra yang merupakan pemakanan tambahan yang bagus untuk kita semua, produk ini sebenarnya sesuai dan menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia.

“Saya banyak menghabiskan masa membuat R&D kerana apa yang dihasilkan, dalam keadaan kita hidup dengan pandemik Covid-19 penting untuk diperkuatkan imunisasi dalam tubuh.

“Kita lambat-laun hidup dalam endemik Covid-19 dan adalah perlu bagi mengambil supplement atau pemakanan tambahan,” katanya.

Sepanjang wawancara dengan Dr. Furizat, beliau memberitahu, halia, halia merah, cekor, lengkuas, kacang hijau, susu kambing (dalam tin) dan juga tempe antara yang bagus untuk dijadikan pemakanan tambahan.

“Daun pokok semambu juga bagus untuk diabetis. Bagi mereka yang kolesterol tinggi, ulam raja adalah yang terbaik.

“Boleh sahaja diricik ulam raja dan gaulkan dengan nasi lemak. Sedap dimakan,” katanya.

Cengkih yang ditumbuk, kata Dr. Furizat ialah antiseptik untuk sakit gigi. Begitu juga dengan beras yang digoreng sehingga hitam, ditumbuk dan dimasukkan air, itu adalah charcoal (ubat arang) untuk menghilangkan sakit perut atau kembung.

“Gambir bila disagat, dicampur dengan air panas dan diminum. Serat-serat perut yang mencengkam akan menghilangkan angin,” katanya.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button