KebakaranNasional

Remaja sesak nafas dalam kebakaran

SEORANG remaja perempuan terpaksa dibawa ke hospital akibat mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Taman Shantin, Pasir Putih, Ipoh, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih dibantu BBP Ipoh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Menglembu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 4 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati, berlaku kebakaran melibatkan tiga buah rumah berkeluasan 16×40 yang mengalami kemusnahan antara 10 hingga sebanyak 80% namun berjaya dipadamkan menggunakan tiga aliran salur berserta enam pancutan dari pam jentera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kebakaran itu, seorang remaja perempuan dari satu daripada rumah terbabit mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan selanjutnya.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai identiti remaja perempuan tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button