Nasionalpilihan

Remaja 16 hilang dari rumah rupanya jadi mangsa rogol bapa tiri

Kisah kehilangan seorang remaja perempuan di Taman Maju, Jasin, Melaka dekat sini sejak 18 Mac lalu membongkar rahsia yang sangat mengejutkan.

Kehilangan remaja itu menjadi viral di laman sosial Facebook, Tik Tok dan aplikasi WhatsApp bertujuan untuk mengesannya.

Siapa sangka kehilangan remaja itu dari rumah di Taman Maju rupanya ada kaitan berhubung peristiwa hitam apabila bapa tirinya disyaki merogolnya sejak tahun 2020.

Rahsia yang turut diketahui ibu kandungnya namun tidak dapat berbuat apa-apa sehingga mereka ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 malam semalam.

Polis mengesahkan bapa tiri dan ibu kandung kepada remaja terbabit ditahan reman selepas polis menerima laporan kes rogol membabitkan remaja itu pada Khamis lalu.

Bapa tiri berusia 36 tahun berasal dari Sabah dipercayai merogol remaja tersebut sejak tahun 2020 manakala ibu kandungnya pula mengetahui kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitenden Ahmad Jamil Radzi berkata, penahanan ke atas bapa tiri dan ibu kandung itu dibuat selepas remaja itu membuat laporan polis berhubung kejadian yang
menimpanya Khamis lalu.

Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama.

“Kedua-dua mereka di tahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di Sepang, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

“Kedua-dua suspek ditahan di KLIA 2 semalam sejurus tiba dari Sabah. Permohonan reman suspek telah diperoleh mulai hari ini sehingga 15 April untuk membantu siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Jamil berkata, perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Siti Nur Ain Ariffin.

Terdahulu, SM melaporkan, seorang ibu merayu anaknya berusia 16 tahun hasil perkongsian hidup dengan suami pertama pulang ke rumah selepas dilaporkan hilang dari rumah pada 18 Mac lalu.

Menurut wanita itu yang menjual nasi lemak di depan rumahnya walaupun laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berhubung kehilangan anaknya itu pada 18 Mac lalu namun sehingga kini usaha menjejaki remaja itu gagal menemukan sebarang petanda positif.

Katanya, usaha yang dilakukan untuk menjejaki anaknya turut dilakukan menggunakan aplikasi WhatsApp, laman sosial Facebook, menampal poster di setiap stesen minyak dan kedai serbaneka 7-Eleven di pekan Jasin.

Begitupun, Rabu lalu, remaja itu yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ditemukan selamat di Kampar, Perak, Rabu lalu.

Remaja itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang di pangsapuri rakan lelakinya berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah.

Kisah remaja itu tular selepas ibunya menguar-uarkan kisah kehilangan anak sulungnya itu yang dilaporkan hilang dari rumah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button