Luar Negara

Remaja 15 tahun maut akibat wabak bubonik

REMAJA berusia 15 tahun meninggal dunia akibat wabak bubonik ketika wilayah autonomi Bayannur di Inner Mongolia, China diletakkan dalam keadaan berjaga ekoran langkah berjaga terhadap apa yang dipanggil sebagai Black Death.

Remaja itu dijangkiti wabak itu di Mongolia dan ramai yang yang ada kontak dengannya telah dikuarantin akibat wabak yang membawa maut itu.

Kes kematian itu muncul ketika Russia dan China bahawa mereka kini terdedah kepada penularan Black Death.

Remaja yang tidak didedahkan nama itu mengalami demam yang teruk selepas memakan daging sejenis tikus yang dikenali sebagai marmot bersama dua rakannya.

Menurut laporan yang dipetik dari Mirror, dia meninggal dunia tiga hari selepas memakan daging tikus itu.

Related Articles

Mereka yang ada kontak denganya telah dikenalpasti untuk memastikan tidak ada risiko penularan.

Wabak bubonik merupakan jangkitan bakteria oleh kutu yang terdapat pada badan tikus-tikus liar seperti marmot.

Ia akan menyebabkan kematian dalam tempoh 24 jam jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Remaja itu meninggal dunia di wilayah Govi-Altai di barat Mongolia.

Perintah berkurung telah dilaksanakan di lima daerah di situ bagi mengelakkan penularan.

Dua kes bubonik baru-baru ini dikesan di wilayah Khovd yang berjiranT, iaitu lelaki berusia 27 tahun dan adiknya berusia 17 tahun.

Beratus-ratus lagi telah diberikan suntikan vaksin sama ada mereka mempunyai kontak secara langsung atau tidak langsung dengan dua beradik itu.

Pada April tahun lalu, satu pasangan meninggal dunia akibat wabak bubonik di wilayah Bayan-Ulgii, Mongolia selepas memakan daging marmot mentah.

Bagaimanapun kes yang yang disahkan pada tahun ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia sudah menular.

Tetapi kementerian kesihatan Mongolia mengaku bahawa wilayah pergunungan Altai di China dan Russia termasuk Mongolia berisiko mendapat penularan wabak itu ekoran marmot yang dijangkiti.

Laporan televisyen juga mengesahkan bahawa ia merupakan kawasan yang aktif dengan epidemik marmot.

Seorang pegawai kanan, Dorj Narangerel berkata, adakah sangat penting untuk tidak memburu marmot atau memakan dagingnya.

Pada kurun ke-14 sehingga 200 juta orang maut akibat Black Death – wabak bubonik. – Mirror

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button