Hiburan

Regal Cinemas rangkaian pawagam kedua terbesar AS bakal tutup

REGAL Cinemas, gergasi rangkaian pawagam kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk menutup semua 543 pawagamnya di negara itu berikutan kerugian berterusan akibat pandemik Covid-19.

Syarikat berkenaan semalam memaklumkan, pihaknya masih mempertimbangkan untuk mengambil langkah itu namun, 50 lagi pawagam Regal dijangka terus beroperasi pada hujung minggu.

“Kami mengesahkan sedang mempertimbang untuk menutup sementara pawagam di United Kingdom (UK) dan AS tetapi keputusan akhir belum dicapai.

“Sebaik keputusan dibuat, kami akan memaklumkan kepada staf dan pelanggan secepat mungkin,” ujarnya menerusi ciapan di akaun Twitter Cineworld.

Untuk rekod, di Amerika, Regal adalah rangkaian kedua terbesar panggung wayang atau pawagam selepas AMC dengan 7,155 layar di 543 pawagam di 42 negeri.

Sementarai itu, Deadline, laman berita industri hiburan dalam talian melaporkan, semalam, pawagam tempatan bukan sahaja berdepan dengan masalah tidak ramai pengunjung malah pihak pengeluar atau penerbit filem terpaksa menangguhkan penghasilan filem-filem mereka.

Universal dan MGM mengumumkan, pengeluaran filem terbaru James Bond “No Time to Die” terpaksa ditunda sehingga April 2021.

Regal banyak bergantung kepada filem-filem blokbuster seperti James Bond untuk mengekalkan operasi mereka. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button