Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak membuat keputusan secara bersendirian untuk menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan berkenaan diputuskan oleh jemaah Kabinet pada ketika itu.
“Saya memberi pandangan bahawa kita tidak patut meneruskannya kerana pendapat oleh perunding dan pakar perundangan memaklumkan ia kes yang lemah,” katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.