AgamaNasional

Raya Haji bulan depan: Sarawak tangguhkan ibadah korban

IBADAH korban tahun ini ditangguhkan. Itu keputusan diambil Majlis Agama Islam Sarawak hari ini yang memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha bulan depan dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri itu.

Untuk rekod, semalam Sarawak mencatat kes harian Covid-19 kedua tertinggi selepas Selangor, menurut laporan laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Mudah Hal Ehwal dan Dewan Bandaraya Kucing Utara (DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, penangguhan itu dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri semalam.

“Ini keputusan merangkumi seluruh negeri Sarawak dengan tidak membenarkan aktiviti ibadah korban dijalankan di semua tempat,” katanya seperti mana dilapokan BERNAMA.

Katanya lagi, Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam mesyuarat itu juga menetapkan penjagaan nyawa atau hifzun nafs diutamakan dan mengelakkan kemudaratan kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan di Sarawak.

“Majlis Islam Sarawak juga menyeru umat Islam agar terus bersabar dan beristiqomah serta terus patuhi prosedur standard operasi (SOP) selain bertawakal.

“Sama-samalah kita berdoa agar wabak yang menjadi pandemik ini dihapuskan dari muka bumi ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button