Ekonomi

Bank Rakyat sambut baik Pelan Pemulihan Negara

Bank Rakyat menyambut baik Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Pelan Pemulihan Negara yang meliputi empat fasa tersebut merupakan strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID19 dilihat sebagai inisiatif yang mampu memacu ekonomi negara pada pasca pandemik.

“Bank Rakyat percaya dan yakin bahawa Pelan Pemulihan Negara hasil iltizam berterusan Perdana Menteri akan beroleh kejayaan. Ini kerana Pelan tersebut merupakan rangka tindakan komprehensif yang mampan bagi menjadikan Malaysia kalis COVID-19. Diiringi doa dan komitmen menyeluruh semua rakyat di negara ini, pasti ada cahaya di penghujung kemelut yang melanda,” katanya. – SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button