Sukan

Ratu Renang Negara Tahan Telinga Dengar Lawak Lucah Jurulatih

ISU gangguan seksual dan rogol kembali menjadi perbualan hangat apabila Ratu Terjun Negara, Datuk Pandelela Rinong berkongsi pengalaman dirinya pernah menerima gangguan tidak bermaruah tersebut.

Melalui akaun Twitternya, Pandelela berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan seorang jurulatih yang sering membuat lawak lucah.

Menurut Pandelela, beliau terpaksa memdiamkan diri ataupun berpura-pura ketawa kerana merasa takut apabila jurulatih berkenaan membuat lawak.

Kata Pandelela, pernah sekali beliau menegur perbuatan jurulatih tersebut tetapi teguran itu membuatkan beliau dibuli.

“Dahulu ada seorang coach ni suka buat lawak lucah tetapi saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut.

“Pernah sekali tak tahan dengan lawaknya, saya tegur dia, tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol,” ciap Pandelela di Twitternya.

Katanya lagi, selama tujuh tahun bersama jurulatih tersebut, mereka sebagai atlet tidak boleh berbuat apa-apa.

Namun bernasib baik kerana persatuan sukan mengambil berat isu-isu berkaitan para atlet dan menjaga kebajikan atlet. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button