Belang Bertempat

Rasa bersalah makan pisang goreng digoreng guna minyak masak paket

TIDAK bersalah pun makan pisang goreng yang digoreng dengan menggunakan minyak paket. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidaklah sekejam itu terhadap peniaga pisang goreng yang berniaga di gerai-gerai di tepi jalan.

Bukan mahu memuji secara babi buta tetapi hakikatnya ialah Ismail Sabri, orangnya steady.

Ismail Sabri juga orangnya perihatin terhadap rakyat dan amat mengambil berat tentang susah-senang rakyat terutama peniaga-peniaga kecil seperti Makcik Normah, penjual goreng pisang di Kampung Baru.

Amat berbeza dengan Kerajaan 22 bulan, Pakatan Harapan (PH) yang mana ketika itu, Menteri Kewangan ialah Lim Guan Eng.

Waktu pemerintahan PH, terasa mereka menekan dan menarik balik keistimewaan bantuan-bantuan yang diberikan kepada orang-orang Melayu terutamanya dalam kalangan nelayan dan petani.

GURAU JEER

Tak ada bergurau.

Mana seronok.

Tak ada gelak ketawa.

Mana gembira ….. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button