Rencah Hidup

Rangkul 17 Pingat, Chef Termuda Terima Anugerah Malaysia Book Of Records

MERANGKUL 17 pingat dalam Pertanding Kejohanan Chef Sedunia 2019, Chef termuda Danish Adham Nuqman Soon, 19, menerima anugerah Malaysia Book of Records.

Ketika usianya 17 tahun, Danish Adham telah membuktikan minatnya yang mendalam dalam bidang kulinari sehingga menjadi pemenang untuk Most Outstanding Hot Cooking Chef bagi pertanding yang berlansung di Alor Star dua tahun lepas.

Chef muda tersebut telah memenangi tujuh pingat emas termasuk satu Emas Cemerlang, Sembilan pingat perak dan satu gangsa melalui 17 kategori jenis masakan ditandingi.

Danish Adham berkata, dia tidak menyangka dan sangat terkejut dapat memenangi pingat dalam kesemua 17 kategori yang disertainya.

Tambahnya, juri terut terkejut melihat dia berulang-alik ke pentas untuk menerima 17 pingat tersebut.

Danish Adham turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang membanggakan buat dirinya dan juga keluarga memandangkan dia merupakan salah satu peserta termuda di kejohanan tersebut.

“Alhamdulillah tak sangka boleh menang sebab umur saya waktu itu baru saja 17 tahun. Pergi pun nak dapatkan pengalaman dan cuba target untuk dapat pingat emas, akhirnya ia menjadi kenyataan,” katanya selepas majlis penyerahan anugerah Malaysia Book of Records di Berjaya University College pada Ahad.

Danish Adham turut berkata, dia minat memasak sejak kecil lagi dan bercita-cita untuk menjadi chef selebriti suatu hari nanti.

Sementara itu, ibunya, Nurliza Adnan, 44, berkata dia tidak menyangka anaknya mampu mencapai kejayaan yang begitu mengagumkan.

Tambahnya, mereka sekeluarga akan terus memberi sokongan kepada Danish Adham yang ketika ini sedang mengikuti program Diploma Seni Kulinari di Berjaya UC agar dapat menimba ilmu sehingga peringkat tertinggi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button