Politik

PRN Melaka: PPBM tak perlu bertanding, elak 3 penjuru

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menzahirkan pendapatnya, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PPBM telah menyuruh PAS untuk tidak bertanding apa-apa kerusi.

Ini kerana di Sabah, PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat dan jika mereka bertanding maka ia akan hanya memecahkan undi Melayu dan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan menang, ujar Isham.

Kata Isham, PAS telah akur dengan seruan PPBM dan Perikatan Nasional (PN). Mereka tidak bertanding di mana-mana kerusi semasa PRN Sabah.

Di Melaka kali ini, pada hemat Isham, sekiranya PPBM ikhlas dan betul-betul mahu mengelak pertandingan tiga penjuru dan mengalahkan PH mereka patut buat perkara yang sama iaitu tidak bertanding di mana-mana kerusi.

“Biar UMNO dan PAS sahaja yang melawan PH di kawasan-kawasan Melayu di bawah Muafakat Nasional supaya undi Melayu tidak pecah.

“Ini kerana seperti PAS di Sabah, jumlah sokongan dan akar umbi PPBM di Melaka adalah sedikit,” ujar beliau.

Dan walaupun PAS tidak menang apa-apa kerusi di Melaka dalam PRU-14 yang lepas berbanding PPBM yang menang dua kerusi, PAS mempunyai sokongan pengundi dan akar umbi Melayu yang lebih besar dari PPBM di Melaka, jelasnya.

Dua kerusi yang PPBM menang di Paya Rumput dan Telok Mas pada PRU-14 yang lalu, kata Isham lagi, adalah kerana pengundi PH dan pengundi bukan Melayu yang kali ini tidak akan mengundi PPBM lagi.

Di Telok Mas, Rafiq (PPBM) telah mendapat 12,102 undi. Namun dua per tiga atau 8,000 daripada undi ini adalah dari undi Cina dan India, jelas Isham.

“Tanpa undi ini dia akan kalah dengan lebih 3,000 majoriti.

“Jika kini UMNO disuruh beri laluan di kerusi-kerusi ini kepada PPBM pula maka sebahagian besar dari pengundi Melayu termasuk hampir 8,000 pengundi UMNO di Paya Rumput besar kemungkinan tidak akan sokong Rafiq dan dia akan kalah dengan lebih besar lagi walaupun dengan undi PAS,” kata beliau.

Samalah kisahnya di Telok Mas. Jika UMNO yang bertanding di Paya Rumput dan Telok Mas dalam dua penjuru menentang PH, kebarangkalian untuk menang dan menewaskan PH adalah jauh lebih tinggi, ujarnya.

“Sebab itu kali ini PPBM tidak perlu bertanding mana-mana kerusi di Melaka untuk elak perpecahan undi Melayu supaya PH dapat ditewaskan.

Mereka (PPBM) tegas Isham, perlu beri laluan kepada PAS pula kali ini sebagaimana mereka suruh PAS beri laluan kepada mereka di Sabah.

“Jika ini berlaku Muafakat Nasional berkemungkinan besar akan berjaya menewaskan PH di Melaka.

“Namun jika PAS masih mahu bawa PPBM dan PPBM pula masih ego mahu bertanding, adalah lebih baik kesannya jika BN go solo sahaja,” kata Isham. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button