Nasional

Rangkaian logistik meluas akan perkukuh hubungan perdagangan Malaysia-China

Rangkaian logistik lebih meluas meliputi pengangkutan darat dan laut mampu mengeratkan lagi hubungan perdagangan antara Malaysia dan China, khususnya dengan bandar raya ChongQing.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dan China bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai hub logistik antara satu sama lain tetapi juga kepada negara ASEAN lain.
“Mereka (Chongqing) mahu menggunakan rangkaian pengangkutan kita, kereta api dan maritim, agar barangan boleh diniagakan lebih pantas lagi antara rantau. Jadi logistik kita perlu dilengkapkan dengan lebih baik lagi.
“Malaysia adalah hab logistik penting serta bagi ASEAN dan kita mahu menjalin lebih banyak hubungan dagangan antara Malaysia dan China, terutamanya dengan ChongQing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa China (ChongQing) – Malaysia, hari ini.
Loke berkata ChongQing bukan sahaja berminat dengan produk durian dari Malaysia, malahan juga minyak sawit dari negara ini untuk dijadikan sebagai “minyak boleh dimakan” bagi tujuan kesihatan dan makanan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button