Hiburan

Ramai tak percaya baki duit dalam akaun Aaron Aziz

Di dalam media sosial, memuat naik gambar yang boleh menonjolkan kemewahan sendiri bersama dengan ucapan syukur adalah sesuatu perkara yang biasa.

Malah, saban hari, pasti ada gambar kereta mewah, rumah agam dan pelbagai lagi jenis kemewahan ditonjolkan pengguna media sosial sama ada individu itu dikenali atau tidak.

Tetapi berbeza pula dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz yang memuat naik jumlah baki wang yang tinggal di dalam akaun bank miliknya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, jumlah wang yang tertera di akaun bank Aaron hanyala RM43.11 sen.

“Ramai orang suka tayang kemewahan. Saya nak kongsi ‘ke tak mewahan”. Artis pun manusia biasa, cari rezeki sama juga.

“Bagi tips sikit boleh pesan makan apa eh dengan RM40 untuk empat orang?” katanya.

Ramai yang meninggalkan komen dengan menyatakan rasa tidak percaya terhadap gambar yang dimuat naik Aaron.

Malah, ada yang mengatakan bahawa duit di dalam akaun isteri Aaron, Diyana Halik masih lagi banyak berdasarkan aktiviti perniagaan isterinya.

Betul atau tidak, hanya Aaron yang tahu mengenai kedudukan sebenar kewangannya dan kita sebagai orang luar, bersyukur sahajalah dengan apa yang kita ada. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button