Nasional

Ramai melencong, bukan pergi gunting rambut, dobi

KELONGGARAN membenarkan premis gunting rambut dan dobi beroperasi hanya akan menyebabkan orang ramai mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa tiga berakhir 28 April nanti.

Bendahari Angkatan Baru Malaysia, Amzaidin Amiruddin melahirkan kebimbangan itu kerana percaya akan ada mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kelonggaran itu untuk melencong ke tempat lain.

“Ya, kita tahu ada yang rambut sudah panjang, baju tidak berbasuh, justeru cubalah yang mana pemilik rambut panjang itu ubah gaya rambut atau minta ahli keluarga dalam rumah guntingkan.

“Pada baju-baju yang tidak berbasuh, sekiranya tidak ada mesin basuh, basuhlah sendiri guna tangan, sekurang-kurangnya dapat juga jimatkan belanja.

“Kerana itu badan bukan kerajaan (NGO) ini menggesa pihak YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menarik balik kelulusan tersebut (premis kedai gunting dan dobi kembali beroperasi).

“Kami tidak nampak di mana keperluan utama bagi sektor berkenaan ketika waktu ini kita perlu perketatkan pematuhan PKP untuk kekal di rumah supaya wabak COVID-19 melanda negara ini segera berakhir,” kata beliau dalam kenyataan kepada SUARA MERDEKA hari ini.

BACA

Sementara itu, Public Health Malaysia dalam satu kenyataan, menyarankan supaya pemilik premis memastikan mereka tidak mempunyai gejala demam atau batuk selesema, melakukan disinfeksi harian premis, menyediakan ruang pengudaraan yang baik dan mengawal kemasukan pelanggan serta membersihkan rambut yang sudah digunting.

Pelanggan pula perlu disaring dan mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk, menggunakan penutup mulut dan hidung (sekiranya bergejala), membasuh tangan sebelum memasuki premis dan duduk; serta menjaga jarak sosial. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button