Politik

PKR nafi tawar ganjaran kepada rakyat buat video anti-kerajaan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menafikan parti itu menawarkan ganjaran kepada rakyat untuk menghasilkan video pendek mengkritik Kerajaan Perikatan Nasional

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dakwaan penyediaan dana atau habuan untuk video pendek itu adalah tidak benar. Menurutnya, PKR tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk berbuat demikian.

“Rakyat mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk berfikir secara rasional dan kritis. Apabila melihat kelemahan-kelemahan PN di dalam mengendalikan krisis yang mengancam negara dan nyawa rakyat, sudah pasti mereka akan menyuarakan kritikan.

“Cubaan mengalihkan kritikan untuk menyerang saya dan PKR sudah pastinya adalah lebih malang kerana pada saat ini kita harus memfokuskan kepada ikhtiar membendung penularan wabak dan menyelamatkan negara, bukan bermain politik.” kata Shamsul Iskandar.

Di media sosial tular beberapa poster propaganda mendakwa Shamsul Iskandar memainkan peranan dalam pembikinan video anti-kerajaan itu.

Portal berita FMT semalam menyiarkan laporan mendakwa parti itumemulakan kempen untuk menafikan sokongan orang ramai terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

BACA

Portal tersebut mendakwa, mereka melihat mesej yang dihantar menerusi kumpulan WhatsApp, menggesa ahli  PKR terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19.

“Kita sedang dalam Fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan. Suara Keadilan ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan video pendek pimpinan PKR menyuarakan kritikan terhadap kerajaan PN,” kata satu pesanan dalam satu kumpulan perbualan PKR, merujuk kepada alat sebaran rasmi parti itu.

Turut disediakan garis panduan format ulasan: Video mesti antara 30 saat hingga 1 minit, “tiada bising”, dan “pencahayaan yang baik”.

“Ulas apa sahaja isu berkenaan kerajaan PN, terutama kelemahan dalam menangani Covid-19 dan tiada perancangan pemulihan ekonomi untuk rakyat selepas krisis Covid-19 berakhir serta apa sahaja isu-isu yang sesuai,” kata mesej itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita tersebut.-SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button