Nasional

“Ramai Cemburu Sebab Lepas Abang Viva Dapat 4X4, Orang Hadiahkan Motor Besar Pulak!”

Siapa sangka dengan berbekalkan RM50 dan doa serta restu ibu bapa untuk membantu mangsa banjir bulan lalu, rezeki Abang Viva mencurah-curah.

Yang kita nampak cuma orang hadiahkan 4X4 dan kali ini dapat motosikal berkuasa tinggi pula, yang kita tidak nampak? Pastinya ada juga.

Namun demikian tak perlulah ada rasa cemburu kepada Abang Viva yang sanggup ambil cuti dan berkorban masa untuk membantu orang.

Kita yang tak sanggup berkorban masa dan tenaga kecuali rajin komen-komen dekat media sosial sambil duduk di kerusi empuk atau bilik berpenghawa dingin.

Lainlah kalau kita juga mungkin turun padang ikhlas membantu, mana tahu Allah gerakkan pintu hati sesiapa dan mana tahu mungkin ada orang sampai sanggup hadiahkan kita rumah!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button