Luar Negara

Rama X bukan raja kesayangan rakyat Thailand, politik juga bergolak

KEKECOHAN demonstrasi jalanan yang berlaku di Bangkok sejak beberapa hari ini bukan semata-mata menuntut pengunduran Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sebaliknya bermatlamat untuk membatasi kekuasaan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn.

Gelombang protes yang meluas meletus untuk membatasi kepimpinan Raja Vajiralongkorn yang menaiki takhta sekitar tahun 2016.

Sejak tahun itu, rata-rata rakyat Thailand tidak merasa selesa dan mengkritik pemerintahan raja tersebut yang mana, kritikan yang dilontarkan akan menyebabkan mereka dihukum penjara belasan tahun sekiranya tertangkap oleh pihak berkuasa.

Rakyat Thailand turut mendesak Jerman agar mengusir Raja Vajiralongkorn dari negara itu kerana Raja Thailand ini lebih banyak meluangkan masa di Jerman berbanding di negeri gajah putih itu sendiri.

Satu petisyen rakyat Thailand dibuat secara dalam talian menuntut Jerman mengusir Raja Vajiralongkorn selain daripada mengenakan status persona non grata atau orang yang tidak diinginkan ke atas Raja Thailand itu.

Selain daripada tinggal di Jerman, ternyata Raja Vajiralongkorn ini tidak memiliki sifat-sifat mendiang Raja Bhumipol Adulyadej yang amat disayangai oleh seluruh rakyat Thailand.

Pada masa awal pandemik Covid-19 melanda Thailand, Raja Vajiralongkorn dikatakan telah menyewa sebuah hotel mewah di Pergununan Alpen untuk menjalani kuarantin.

Akan tetapi, kehadiran Raja Vajiralongkorn bukan untuk kuarantin sendiri sebaliknya beliau membawa bersama-samanya, 20 orang gundik di-raja.

Vajiralongkorn yang juga dikenali sebagai Rama X, telah menyewa Hotel Grand Sonnebichl di Bavaria, Jerman dan turut membawa, selain gundik-gundiknya, 119 kakitangan seperti mana yang dilaporkan oleh Daily Mail.

Kaedah kuarantin yang dilakukan oleh Rama X ini menimbulkan kemarahan rakyat Thailand sehingga rakyat mempersoalkan, apakah mereka masih memerlukan pemerintahan beraja di Thailand.

Khabarnya, Raja Vajiralongkorn ini turut memiliki rumah sendiri di Jerman. Jerman diibaratkan sebagai rumah kedua bagi raja ini. Rumah milik Raja Vajiralongkorn  terletak di Lake Starnberg kira-kira 40 kilometer dari Hotel Grand Sonnenbichl.

Tingkah laku sebagai seorang raja tidak dipaparkan oleh Vajiralongkorn yang tidak mengambil peduli sensitiviti rakyat Thailand.

Ini gara-gara gambar Raja Vajiralongkorn dirakam dengan hanya memakai singlet dan memaparkan tatu penuh di tangan kanan dan di bahagian punggung.

Mungkin gambar itu dirakamkan pada tahun 2016 tetapi kesannya sehingga ke hari ini dengan sebuah video turut menjadi tular di media sosial Facebook yang menunjukkan, sebelum menaiki takhta, Raja Vajiralongkorn mengelilingi pusat membeli belah di Munich dengan berpakaian singlet dan seluar denim.

Rakyat Thailand semestinya tidak senang dengan imej yang ditampilkan oleh raja mereka kerana apa yang dipakai oleh Vajiralongkorn tidak menampilkan beliau bukan sahaja sebagai kerajaan tetapi sebagai Raja yang memerintah Thailand.

Seperkara lagi, dalam keadaan rakyat Thailand berhadapan dengan wabak Covid-19, Raja Vairalongkorn obses atau taksud dengan anjing peliharaannya iaitu jenis pudel bernama Foo Foo. Anjing ini dibela sejak tahun 2007.

Foo Foo mendapat layanan umpama anggota keluarga dalam kerajaan seperti turut menyertai majlis makan malam kengeraan dengan dibaluti seragam rasmi Angkatan Udara Thailand.

Bertuahnya Foo Foo, seekor anjing kesayangan yang dihadiahi pesta mewah tatkala ulang tahun hari jadinya pada tahun 2009 lalu.

Anjing Foo Foo yang menjadi kesayangan dan disanjung oleh Raja Vajiralongkorn ini telah mati dan kerajaan meraikan upacara kematian seolah-olah manusia yang dimakamkan dan majlis tanam seekor anjing ini diadakan selama empat hari empat malam! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button