Politik

Rakyat perlu hukum PH yang curang dalam menunaikan janji

PAKATAN Harapan (PH) mesti dihukum kerana kecurangan mereka sendiri ekoran gagal menunaikan janji, kata  Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Oleh itu beliau menggesa rakyat supaya jangan beri muka kepada PH.

Katannya, pakatan itu mesti dihukum bukan sahaja dalam mana-mana siri Pilihan Raya Kecil (PRK), tetapi juga dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sebenarnya, retorik PH untuk hapuskan tol bukan baru.

“Berpuluh kenyataan, berejam gulingan di jalanan, beribu sepanduk dan beratus ceramah telah dibuat, kononnya memperjuangkan penghapusan tol,” tegasnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Hishammuddin antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka dahulu adalah seperti berikut:

1. 6 Januari 2009: Tony Pua tulis panjang lebar di blognya, berangan tol boleh dihapuskan sekelip mata.

2. 14 Januari 2012: Lim Guan Eng dalam satu sidang media, menyatakan Pakatan Rakyat akan hapuskan tol selepas ambil alih kerajaan.

3. 20 Mac 2013: Pakar PKR, Rafizi Ramli siap buat sesi soal jawab dengan rakyat untuk buktikan betapa mudahnya beri tol percuma.

4. 16 Januari 2017: Lim Guan Eng lagi, sampai tegang urat leher berceramah dalam satu majlis di Pulau Pinang, berjanji akan hapuskan tol jika PH menang PRU-14.

5. 25 Oktober 2017: Isteri bakal Perdana Menteri Kelapan PH Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi pembentangkan Belanjawaan Alternatif PH 2018, berjanji akan hapuskan tol di seluruh negara. Rujuk point ke-19 ucapan beliau.

6. 9 Mac 2018: Dalam satu majlis gilang gemilang, PH senaraikan penghapusan tol sebagai salah satu janji utama dalam Manifesto PRU-14 PH.

Tetapi kata Hishammuddin, pada 16 Januari lalu PH tiba-tiba membelakangkan segaja janji itu apabila memutuskan untuk tidak menghapuskan tol.

Tetapi hanya memberi diskaun 18 peratus dengan rakyat dipaksa membayar tol sehingga tahun 2058.

Justeru, katanya itu bukan disebabkan salah rakyat yang telah mengundi PH semasa PRU-14.

“Tetapi saya salahkan PH yang amat tidak bertanggungjawab, menyuap madu beracun kepada rakyat semata-mata untuk berkuasa.

“Akhirnya, yang jadi mangsa penipuan PH, rakyat jua,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button