Alam Sekitar

Rakyat negara ini perlu fahami erti zoonotik – titah Raja Muda Perlis

Sasarkan pengekalan habitat hutan serta kawasan perlindungan hidupan liar termasuk populasi hidupan liar, di mana ancaman utama hidupan liar ini meliputi pemburuan, perdagangan haram, perubahan iklim dan penyakit berjangkit yang juga dikenali sebagai zoonotik.

Di Malaysia, tahap kesedaran masyarakat setempat hendaklah sentiasa dipertingkatkan terhadap kepentingan untuk menjaga hidupan liar bagi memastikan generasi akan datang dapat terus mengenali dan melihat sendiri hidupan liar ini.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena
kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi memperingati ‘Hari Hidupan Liar Sedunia’ yang disambut pada 3 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara hidupan liar dan habitatnya.

Pada tahun ini, “Memulihkan Spesies Utama untuk Restorasi Ekosistem” atau “Recovering Key Species for Ecosystem Restoration” telah dipilih sebagai tema yang menfokus kepada pemuliharaan flora dan fauna yang diancam kepupusan.

Tambah Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Pengerusi YTSP, ‘Hidupan liar dan habitatnya merupakan khazanah negara yang amat bernilai dalam menjamin kestabilan ekosistem untuk kesejahteraan hidup kita. Oleh itu, sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia pada hari ini mengingatkan kita supaya meningkatkan lagi usaha melindungi hidupan liar serta habitatnya dalam situasi yang sangat mencabar ekoran perubahan guna tanah, pemburuan dan perdagangan haram, fenomena perubahan iklim serta penyakit zoonotik’.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Perlis, Mohd Zaide Mohamed Zin berkongsi bahawa antara cabaran dihadapi dalam pengurusan hidupan liar adalah gangguan hidupan liar yang meningkat disebabkan pengecilan habitat, peningkatan penggunaan jerat oleh pemburu haram, ‘Roadkill’ hidupan liar meningkat, penyeludupan hidupan liar, perdagangan hidupan liar secara atas talian (online) dan keadaan semasa spesies Harimau Malaya yang kian terancam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button