Lim Kit Siang menyatakan rasa terkejut apabila para pemimpin Muafakat Nasional dan Barisan Nasional masih mendakwa skandal 1MDB masih belum dibuktikan, sedangkan negara terpaksa menjerut perut untuk membayar hutang RM9 bilion dalam tempoh dua tahun.
Kit Siang dalam hantaran ke facebook berkata, hutang 1MDB kini berjumlah RM50 bilion.
“Jika Malaysia tidak perlu bayar berbilion ringgit hutang 1MDB tempoh dua tahun ini dan faedah pinjaman pada masa hadapan, duit berkenaan boleh digunakan untuk membina jalan, sekolah dan hospital bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini,” katanya.